Sering Dengar Tentang Buah Pelaga? Mari Kita Rungkaikan Sedikit Tentang Khasiat Herba Ini.


 

Jika disebut buah pelaga, yang ada difikiran kita terhad kepada penggunaannya di dapur sahaja. Ramai yang tidak tahu bahawa buah pelaga juga merupakan salah satu daripada jenis-jenis haruman yang ada. Tahukah anda? Buah pelaga merupakan yang tertua di dunia. Ianya juga dikenali sebagai elettaria cardamomun yang berasal dari dalam hutan di selatan India.

Banyak manfaat yang boleh didapati daripada buah pelaga ini. Antaranya adalah :

1. Tingkatkan peredaran darah.

– Buah pelaga boleh meningkatkan peredaran darah ke paru-paru untuk memudahkan pernafasan terutama bagi pesakit-pesakit bronkitis (radang pada saluran pernafasan).

2. Antivirus.

– Buah pelaga ini juga bertindak sebagai penghalang kepada pertumbuhan virus, bakteria dan kulat.

3. Vitamin.

– Buah pelaga mengandungi beberapa jenis vitamin seperti riboflavin dan niasin. Vitamin-vitamin ini merupakan nutrien penting bertindak sebagai antioksidan di mana ia mampu mencegah penyakit seperti penuaan kulit akibat radikal bebas.

4. Detoks

– Buah pelaga mampu untuk mendetoksikan kafein. Ianya sangat berguna bagi penagih kafein yang minum kopi terlalu banyak kerana kafein boleh secara perlahan-lahan menjadi racun dalam badan.

Wah, nampaknya buah pelaga bukan hanya untuk penyedap masakan sahaja malah dapat membantu tubuh manusia untuk menjadi lebih sihat.