Vanilla : Merobah Lanskap Pertanian Negara


Maxico adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk yang ramai, iaitu sekitar 120 juta orang.

Vanilla-scented-apricots-hero-9ecae04b-da87-4faa-a77e-6e92e9be7ba5-0-472x310Bila kita sebut negara pengeluar minyak, kita harus pandang juga Teluk Maxico.  Maxico adalah negara ke 11 pengeluar minyak terbesar di dunia. Ke empat pengeluar terbesar di Hemisfera Barat. Di Teluk Maxico, terdapat hampir 4000 telaga minyak, melayakkan mereka menduduki tempat ke tujuh belas, reserve minyak dunia.

 

Tidak itu sahaja. Mexico juga sebenarnya pengeluar Vanilla terbesar di dunia. Mexico antara yang terawal mengeluarkan vanilla dalam skala besar, bahkan Maxico telah memonopoli pasaran vanilla, semenjak sebelum Perancis melakukan penanaman dalam skala besar di Pulau Reunion, pada tahun 1800. Selepas Perancis berjaya mencipta pembenihan Orkid Vanilla pada awal kurun ke 20, dengan menggunakan kaedah hand pollination, tanpa menggunakan lebah sebagai agen pendebungaan, akhirnya kini, kepulauan Reunion, Comoro dan Madagascar telah menguasai sepenuhnya pasaran Vanilla.

 

IMG_0668Selepas Revolusi Mexico pada awal kurun ke 20 juga, negara Mexico melalui perobahan ekonomi yang sangat pesat, sehinggakan, Teluk Mexico mulai dijarah projek cari gali minyak. Akibatnya, pembenihan Orkid Vanilla semakin sukar dan produktivitinya menurun.

 

Pada tahun 1880, Vanilla sintetik mulai diperkenalkan dari German. Vanilla sintetik ini telah dihasilkan daripada campuran beberapa bahan, termasuk lah getah tar. Sintetik vanillin ini dijual dengan sangat murah, bertujuan menarik minat dan mengelabui mata pembeli, yang mencari-cari vanilla maxico yang kualitinya lebih tinggi daripada yang dikeluarkan oleh kepulauan Reunion dan Madagascar. Hey, mereka berjaya.

 

Dengan menambah sedikit getah Coumarin yang diambil dari extract Kacang Tonka, membuatkan rasanya mirip kepada vanilla asli. Dengan kos produksi yang rendah dan keuntungan yang besar, ia mampu mengelabui mata sesiapa sahaja, demi mengejar wang ringgit, tanpa mempedulikan kesihatan orang lain.

 

Jadi apa kaitan cerita telaga minyak dengan vanilla ini?

 

Pada tahun 2005, Taufan Katrina telah melanggar Teluk Mexico. Mengakibatkan proses pengeluaran minyak dari teluk itu terencat. Harga minyak dunia meningkat naik. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah PakLah telah bertindak memotong subsidi minyak dan menyebabkan harga minyak naik mendadak, sehingga menyebabkan rakyat Malaysia mengamuk.

 

VANILA-Projek-Penanaman-Vanila-Komersial-Di-Malaysia---Mohd-Noh-A.Jalil---Nurul-Azhar-M.-Haris---Syed-Isa-Syed-Alwi-PENERBIT-DBP-ISBN-9789834607401Sebagai alternatif PakLah yang tidak mahu Malaysia terus bergantung dengan industri minyak, telah membuat revolusi ekonomi di Malaysia, dengan memfokuskan kepada ekonomi pertanian dan pameran MAHA (Malaysia Agriculture Hoticulture and Agro-Tourism) telah diperkenalkan. Bahkan PakLah juga telah perlahan-lahan mengubah lanskap ekonomi pertanian, dari bergantung kepada padi, kelapa sawit dan getah, kepada pertanian baharu, iaitu Kernaf, vanilla, safron dan beberapa tanaman lain.

 

Pada tahun 2008, Malaysia telah mengumumkan untuk mulai menjadi pengeluar Vanilla, demi menyaingi Indonesia dan kepulauan Madagascar.

 

Vanilla kini, tanpa disedari sudah mulai menjadi lanskap ekonomi baharu di rantau in, sehinggakan perfume dibawah jenama BLACKOUT dan JUSTICA juga menggunakan vanilla sebagai antara fragrance compound utamanya.