Wangian Sebagai Pembuka Mata


 

Wangian seringkali disalah anggap sekadar untuk menutup bau badan. Padahal, sifat wangi itu sendiri sebenarnya bertindak sebagai pelengkap kepada ‘kemas’ dan ‘bersih’.

Aroma yang digunakan pada tubuh, seringkali didatangkan bersama pakej ‘ekor wangian’ yang bertindak menjadi penghubung antara tubuh kita, dengan tubuh orang lain.

Wangian seakan-akan menjadi medium perhubungan tidak langsung buat diri kita yang berada dalam kerumunan dan kesesakan orang ramai, sekaligus membuktikan kewujudan diri kita pada satu-satu tempat dan satu-satu masa.

Wangian yang punyai aroma signiture, lebih lagi berkesan dalam mengikat memori orang lain, dengan diri kita, lalu membuatkan setiap kali mereka mengingati kita, ingatan itu akan hadir bersama dengan sebuah memori aroma yang melekat pada tubuh kita dengan sebuah ‘label penilaian’, kemas dan bersih.
.
Penilaian ini sangat penting, kerana sepanjang sejarah ribuan tahun wangian dicipta, wangian telah pun digunakan sebagai pelengkap dalam mengubah ‘social code of conduct’ untuk seseorang itu diterima masyarakat, iaitulah seseorang itu mesti bersih dan kemas. Maka haruman pula digunakan di dalam kod moral ini sebagai pelengkap kepada ‘bersih’ dan ‘kemas’.
.
Tidakkah ini membuka mata anda, untuk melihat wangian itu dengan maksud yang lebih besar?
.
Maka, kesimpulan yang boleh kita katakan bahawa, sebotol perfume pada tangan anda itu, ia bukan sekadar wangian.
.
Real human, use real aroma.